Surat Wasiat Pemudi Palestin
Pernah sekali semasa saya sedang membaca isu-isu terbaru
sekitar Intifadhah al-Quds di laman Facebook, perhatian saya tertarik dengan
sebuah gambar yang memaparkan surat wasiat yang telah ditulis oleh seorang
pelaksana operasi tikaman di Tebing Barat yang telah syahid. Beliau adalah
seorang gadis muda dari Qalqilya, Rasha Uwaisi. Beliau syahid akibat
tembakan peluru hidup yang dilepaskan tentera Zionis selepas cubaan beliau melakukan
operasi tikaman berdekatan sebuah checkpoint tentera, umurnya baru mencecah 23
tahun.
“Aku memilih jalan ini dalam keadaan aku sedar diri, demi
mempertahankan tanah airku, pemuda juga pemudinya!”, ujar Rasha dalam surat
wasiatnya.
![]() |
| Surat wasiat yang ditinggalkan Rasha Uwaisi, 23. |
Intifadhah al-Quds atau nama lainnya Intifadhah as-Sakakin
yang telah dilancarkan sejak awal Oktober 2015 di Palestin khususnya Tebing
Barat telah menggegarkan seluruh bumi terjajah. Sejak tarikh itu, rakyat Israel
tidak senang duduk di dalam negara yang mereka dakwa sebagai negara yang paling
kuat dan paling aman di atas muka bumi. Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja
cubaan menikam dengan pisau yang dilakukan oleh rakyat Palestin terhadap bangsa
penjajah Zionis. Ada juga yang menyerang dengan rempuhan kereta dan tembakan
senjata api. Begitulah hakikat yang berlaku sekarang di dalam sempadan terjajah
tersebut sejak bermulanya Intifadhah. Bangsa Zionis sentiasa berada di dalam
keadaan cemas dan takut di dalam negara jajahan mereka sendiri!
