![]() |
| Sumber : Ubah.TV |
"This is nothing against Islam or shariah law, but what we're looking at is the Constitution." - LGE
Walaupun berkali-kali pakcik LGE mengelat dan menggunakan alasan mempertahankan perlembagaan, respon pakcik Setiausaha Agung parti rasis dan chauvinis DAP tersebut semasa sidang media terhadap pembentangan RUU persendirian oleh TGHH Khamis lepas menunjukkan dengan jelas lagi bersuluh bahawa pakcik LGE yang merupakan kepala DAP dan seluruh anggota-anggota parti sehingga ke hujung kuku kakinya amat benci dan meluat dengan segala apa yang berkaitan dengan Islam.
Walaupun RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tersebut hanyalah sebuah cadangan pindaan kepada undang-undang sedia ada yang terhad kepada orang Islam sahaja dan kelulusannya masih bergantung kepada Majlis Agama Islam negeri, Majlis Raja-Raja serta pindaan undang-undang di Parlimen, namun LGE dan kuncu-kuncunya sudah menggeletik terloncat-loncat macam ikan dicampak ke atas tanah apabila ia dibentangkan. Agaknya bagaimana pula respon mereka sekiranya RUU Undang-Undang Jenayah Hudud dibentangkan suatu hari nanti?
Dalam sidang media tersebut LGE mengaku apa yang mereka bimbangkan adalah progression atau perkembangan undang-undang Islam di Malaysia pada masa akan datang sekiranya RUU persendirian ini diluluskan. Negara dua sistem yang pada akhirnya pasti akan menjadi satu, it's only the matter of time katanya. Nah, jelaslah apa yang mereka takut adalah Malaysia menjadi sebuah negara Islam pada sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.
Pertahankan perlembagaan? Apa yang LGE dan kuncu-kuncunya mahu hanyalah Malaysia tidak menjadi sebuah negara Islam. Lupakan perlembagaan, hakikatnya LGE tidak mahu cita-citanya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular terjejas walaupun dengan sebuah 'langkah kecil' yang diutarakan oleh Presiden PAS, iaitu cadangan untuk meminda undang-undang sedia ada yang terhad kepada orang Islam sahaja. Namun kenapa LGE dan partinya DAP rasa butthurt sangat?
Percayalah bahawa DAP pasti akan sentiasa mempertikaikan segala usaha mana-mana pihak untuk memartabat dan menambah baik kedudukan Islam di Malaysia, walau sekecil manapun usaha tersebut. DAP pasti akan sentiasa menyekat segala usaha mana-mana pihak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, walau sekecil manapun usaha tersebut. Ya, walau sekecil manapun usaha tersebut.
Lebih menyedihkan apabila ada segelintir orang Islam yang duduk bertenggek mengemis kasih daripada DAP dan kuncu-kuncunya. Celaru! Aspirasi siapa sebenarnya yang mereka mahu realisasikan? Projek siapa sebenarnya yang mereka usahakan? Aspirasi dan projek Islam kah atau sebaliknya?
Umat Islam di Malaysia wajib bersatu dan bersepakat di dalam sebuah pakatan dan barisan untuk memartabat dan mempertahankan Islam di Malaysia, bersatu dan bersepakat membina sebuah negara Malaysia yang muslim. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Semoga Allah selamatkan Malaysia.

No comments:
Post a Comment