Surat Wasiat Pemudi Palestin
Pernah sekali semasa saya sedang membaca isu-isu terbaru
sekitar Intifadhah al-Quds di laman Facebook, perhatian saya tertarik dengan
sebuah gambar yang memaparkan surat wasiat yang telah ditulis oleh seorang
pelaksana operasi tikaman di Tebing Barat yang telah syahid. Beliau adalah
seorang gadis muda dari Qalqilya, Rasha Uwaisi. Beliau syahid akibat
tembakan peluru hidup yang dilepaskan tentera Zionis selepas cubaan beliau melakukan
operasi tikaman berdekatan sebuah checkpoint tentera, umurnya baru mencecah 23
tahun.
“Aku memilih jalan ini dalam keadaan aku sedar diri, demi
mempertahankan tanah airku, pemuda juga pemudinya!”, ujar Rasha dalam surat
wasiatnya.
![]() |
| Surat wasiat yang ditinggalkan Rasha Uwaisi, 23. |
Intifadhah al-Quds atau nama lainnya Intifadhah as-Sakakin
yang telah dilancarkan sejak awal Oktober 2015 di Palestin khususnya Tebing
Barat telah menggegarkan seluruh bumi terjajah. Sejak tarikh itu, rakyat Israel
tidak senang duduk di dalam negara yang mereka dakwa sebagai negara yang paling
kuat dan paling aman di atas muka bumi. Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja
cubaan menikam dengan pisau yang dilakukan oleh rakyat Palestin terhadap bangsa
penjajah Zionis. Ada juga yang menyerang dengan rempuhan kereta dan tembakan
senjata api. Begitulah hakikat yang berlaku sekarang di dalam sempadan terjajah
tersebut sejak bermulanya Intifadhah. Bangsa Zionis sentiasa berada di dalam
keadaan cemas dan takut di dalam negara jajahan mereka sendiri!
Dalam pada itu, bilangan rakyat Palestin yang terkorban di
Tebing Barat semakin meningkat. Kebanyakan mereka yang melaksanakan
operasi-operasi tikaman, rempuhan, dan tembakan berjaya diberkas oleh pihak
keselamatan Zionis. Kebanyakan mereka telah dibunuh serta merta di tempat
kejadian. Sehingga pertengahan bulan Ogos 2016 sahaja dilaporkan seramai 217
orang rakyat Palestin telah gugur syahid sejak Intifadhah dilancarkan. Semoga
Allah kurniakan syurga buat mereka yang telah ikhlas berjuang mempertahankan
bumi umat Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Dalam tempoh beberapa bulan selepas saya membaca surat
wasiat Rasha Uwaisi, saya terjumpa beberapa lagi surat wasiat tulisan
pemuda-pemudi Palestin yang telah syahid selepas melakukan operasi-operasi
mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa. Kebanyakan mereka ditembak dan mati di
tempat kejadian. Surat wasiat mereka kemudiannya ditemui oleh ahli keluarga
mereka dan disebarkan kepada umum untuk diambil manfaat, menjadi pembakar
semangat buat anak muda lainnya untuk bersungguh-sungguh mencari syahid.
“Aku berharap kamu semua membenarkan pemergianku, dan aku
berharap kepada Allah agar mengurniakan kepadaku mati syahid, mati syahid, mati
syahid!”
“Janganlah kamu bersedih atas kesyahidanku, tetapi
bersedihlah ke atas apa yang akan terjadi kepada kamu nanti...”
“Kehadapan ibuku dan ayahku yang tercinta, izinkan
pemergianku, sesungguhnya aku telah syahid dengan izin Allah...”
Sebak. Begitulah antara sedikit isi kandungan surat wasiat
yang telah ditinggalkan oleh mereka yang telah tekad untuk mati ditembusi
tembakan peluru tentera Zionis, dan akhirnya Allah telah membenarkan
niat mereka dan kurniakan mereka anugerah mati syahid di tanah air mereka sendiri.
Hakikat Kematian & Kehidupan
Seperti mana Rasha
Uwaisi, seorang gadis muda dari Qalqilya yang telah tekad untuk mengakhiri
tempoh hayatnya dengan tembakan peluru tentera Zionis, apakah yang menyebabkan beliau memilih jalan ini sedangkan beliau boleh sahaja memilih
untuk tetap tinggal di rumah dan menjalani kehidupan seperti gadis Palestin
biasa, mungkin berkahwin dan membesarkan waris-waris pejuang (beliau telah bertunang), menentang
penjajahan dengan cara demonstrasi dan boikot. Boleh sahaja beliau memilih
untuk tidak melakukan percubaan menikam tentera Zionis dengan pisau pada hari tersebut, tetapi sebaliknya beliau telah memilih untuk mati dalam keadaan yang paling mulia, mati
mempertahankan tanah air dan kesucian Masjid al-Aqsa, mati dalam usaha
memerdekakan anak bangsa dari cengkaman penjajahan Zionis. Inilah jalan pilihan
Rasha Uwaisi dan ratusan pemuda Palestin lain yang turut syahid sepanjang Intifadhah
Al-Quds.
Inilah realiti
kebanyakan pemuda dan pemudi Palestin, hidup di dalam tekanan penjajahan bangsa
asing menyebabkan jiwa mereka kental dan teguh. Hidup terbuang di dalam negara
sendiri menjadikan semangat juang mereka sentiasa berkobar-kobar, cita-cita
untuk bersujud di perkarangan Masjid al-Aqsa dalam keadaan merdeka jiwa dan
raga sentiasa diulang-ulang dan diwarisi dari generasi ke satu generasi.
Hakikat pahit yang perlu ditelan bahawa negara mereka sedang diratah sedikit
demi sedikit sejak tahun 1948 menjadikan diri mereka sentiasa bersedia untuk
mengorbankan apa sahaja asalkan tanah air mereka bebas, sekalipun harga yang
dituntut adalah darah. Mereka sedang menghadapi pertembungan yang real
dan tampak.
Hari-hari mereka yang
berlalu melihat kematian demi kematian di depan mata menyebabkan keyakinan
mereka terhadap hakikat sebenar kehidupan dan kematian di dunia semakin
meningkat. Melihat saudara mara mereka mati ditembak, dihempap batu-batu
runtuhan rumah sendiri akibat bedilan bom tentera Zionis, ditangkap, diseksa
dan dicacatkan anggota badan menyebabkan mereka menjadi kelompok manusia yang
paling sedar akan hakikat nyawa manusia itu sangat rapuh dan tempoh kehidupan
mereka di dunia ini adalah sangat singkat. Hidup terlalu lama di dalam medan
peperangan, melihat seorang demi seorang saudara mara mereka mati
perlahan-lahan akibat kelaparan atau penyakit selepas terputus bekalan makanan,
air bersih dan ubat-ubatan menyebabkan mereka menjadi kelompok manusia yang
paling sedar akan hakikat kehidupan selepas kematian itu benar dan maha luas.
"Kita adalah bangsa yang mencintai kematian, sebagaimana musuh-musuh kita mencintai kehidupan..." - Ismail Haniyeh, Mantan Perdana Menteri Gaza
Hakikat-hakikat yang
mereka belajar daripada siri-siri kehidupan mereka memaksa mereka untuk memilih
cara kematian yang paling baik. Kerana mereka tahu bahawa kematian itu pasti
akan datang menjenguk, mereka faham bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk
diisi dengan perjuangan yang salah dan sia-sia, dan mereka sedar bahawa
kehidupan selepas kematian itu adalah kehidupan yang sebenar. Kefahaman
terhadap hakikat-hakikat ini menolak mereka untuk melakukan sebuah jual beli
yang sangat menguntungkan, jauh lebih berharga daripada longgokan emas dan
perak, mereka telah menjual darah, harta, keluarga, anak-anak dan seluruh
kehidupan mereka untuk membeli sebuah istana besar di negeri akhirat!
“Dan janganlah kamu
bersedih sekiranya mereka menghancurkan rumah-rumah kamu, kerana dengan izin
Allah akan dibinakan untuk kita sebuah rumah di syurga,” kata Ahmad Toha, salah
seorang pemuda Palestin yang syahid semasa Intifadhah al-Quds di dalam surat wasiatnya.
Kita Mahu Kematian Yang Bagaimana?
Melihat kesungguhan
dan keseriusan pemuda pemudi Palestin dalam mencari syahid sepatutnya
menjadikan kita insaf. Sungguh, mereka telah merancang kematian mereka dengan
sebaik-baik kematian sesuai dengan realiti kehidupan dan keadaan persekitaran
mereka di tanah air mereka ketika ini.
Dalam pada kita sibuk merancang
kehidupan, kita selalu terlupa untuk merancang kematian. Pernah kah sekali kita
soal diri sanubari kita, “Kematian yang bagaimanakah yang aku mahukan?”. Manusia
sering berbicara tentang kehidupan dunia, sedikit sekali mereka berbicara
tentang kehidupan selepas kematian sedangkan itulah kehidupan yang sebenar. Hal
ini berlaku kerana kaburnya kesedaran terhadap hakikat-hakikat kehidupan dan
kematian di dunia menyebabkan mereka buta dan lupa terhadap dunia akhirat.
Dalam konteks dan
realiti Malaysia, kita tidak dituntut mengangkat senjata sebagaimana saudara saudari kita di Palestin, tetapi apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mempunyai
sebuah perjuangan yang benar dan bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan
perjuangan tersebut. Kita perlu mengenalpasti identiti pihak musuh di dalam dan
luar negara, memikirkan strategi terbaik untuk menghadapi serangan dan tipudaya
mereka dan berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha mempersiap bala tentera bagi
mempertahankan agama dan tanah air dari sebarang ancaman dalaman dan luaran dari pihak musuh yang tidak akan pernah
berhenti berusaha merosakkan agama dan tanah air umat Islam.
Sekiranya kita jujur dalam memperjuangkan agama Islam dan kebenarannya, seterusnya kekal sentiasa dalam keadaan memperjuangkannya, hidup dan mati dalam perjuangan tersebut, nescaya kita juga akan mendapat sebaik-baik kematian sama seperti Rasha Uwaisi dan pemuda-pemudi Palestin lain yang telah syahid mendahului kita.
Sekiranya kita jujur dalam memperjuangkan agama Islam dan kebenarannya, seterusnya kekal sentiasa dalam keadaan memperjuangkannya, hidup dan mati dalam perjuangan tersebut, nescaya kita juga akan mendapat sebaik-baik kematian sama seperti Rasha Uwaisi dan pemuda-pemudi Palestin lain yang telah syahid mendahului kita.
Akhir sekali, soal semula
diri kita, “kematian yang bagaimanakah yang aku mahukan?”. Rancanglah kematian
kita, seterusnya rancanglah kehidupan kita sesuai dengan jalan-jalan untuk
mencapai kematian tersebut. Kerana kematian itu datang selepas kehidupan yang
pertama, dan ianya adalah sesuatu yang pasti. Sekiranya kita jujur, Allah pasti
akan membenarkan.
عن أبي يعلى شداد
بن أوس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " الكيس من دان نفسه،
وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من أتبع نفسه هواها، وتمنى على الله الأماني"
(رواه الترمذي وقال حديث حسن).
Dari Abi Ya’la Shaddad Bin Aus RA dari Nabi SAW berkata: “Orang yang
bijak adalah orang yang muhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas
mati, manakala orang yang lemah pula adalah orang yang dirinya mengikuti hawa
nafsunya, kemudian berharap kepada Allah dengan pelbagai pengharapan” (Hadis riwayat
at-Tirmidhi beliau berkata ianya hadis hasan).


No comments:
Post a Comment